Mak... Satu Kaki !

Al kisah pada zaman 70-an, di sebuah desa pinggir bandar seorang gadis telah menerima pinangan seorang anggota tentera. Pada zaman itu mendapat jodoh anggota tentera merupakan kebanggaan gadis-gadis desa. Apabila tiba masa yang ditetapkan maka berkahwinlah pasangan itu penuh meriah.

Malamnya, pasangan itu pun memasuki kamar peraduan penuh bahagia. Sebelum tidur, si pengantin lelaki yang sebenarnya berkaki palsu akibat cedera di medan pertempuran menanggalkan kaki palsunya. Pengantin perempuan yang selama ini tidak tahu bahawa pasangannya itu berkaki palsu terus menjerit kerana terperanjat.

"Maaaak ... satu kaki !!!" kedengaran jeritannya dari dalam bilik.

Ibunya yang sedang mengemas-ngemas ruang dapur terdengar jeritannya.

"Untunglah kau nak ... emak dapat ayah kamu cuma 5 inci setengah je ..." sahut ibunya selamba sambil menjeling si ayah yang sedang menikmati rokok nipah di ruang tamu.