Malam Ada Main ...

Kisahnya di desa pedalaman zaman 60-an, seorang gadis bernama Minah (bukan nama sebenar) telah sampai usia 17 tahun dan diaturkan jodohnya oleh orang tuanya. Bila disarankan pada Minah akan rancangan orang tuanya untuk mengahwinkannya dengan jejaka pilihan mereka, maka Minah pun memberontak. Meraung-raung Minah tidak mahu berkahwin. Namun pada zaman itu, perkahwinan yang diaturkan pihak orang tua adalah perkara biasa. Keputusan Minah untuk menolak rancangan orang tuanya tidak langsung diendahkan malah orang tuanya hanya tersenyum bila Minah memberontak. Tiba masanya, Minah dikahwinkan juga sebagaimana rancangan orang tuanya. Minah hanya mampu berendam air mata sehingga ke jinjang pelamin.

Setelah selesai majlis, keesokan harinya kelihatan Minah agak tenang. Maka orang-orang tua pun mengusik Minah.

"Seronok ke kahwin ?" tanya mereka.

"Seronok juga ..." jawab Minah tersipu-sipu.

"Hah... sebelum kahwin bagai nak rak meraung-raung tak nak kahwin, sekarang seronok pula kata kamu !?" bidas ibunya.

"Manalah Minah tahu.. Minah ingat kalau kahwin kena memasak, mengemas rumah, basuh baju dan macam-macam lagi. Tak tahu pula minah yang waktu malam ada main ... " balas Minah tersenyum.